Sunday, October 10, 2010

Mesut Kurtis ft Maher Zain – Never forget

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When you’re walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

No matter where you are or what you do
Remember Allah watching over you
He’s the Light of Heavens and Earth
He’s the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

Tuesday, July 20, 2010

Tinggallah Kenangan Lirik

Artis : Hafiz Hamidun
Album : Syukran

Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama

Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu

oohh....ya...

Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama

Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu

Terasa sebak didada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata

Sunday, July 11, 2010

Israk, Mikraj anugerah untuk semua umat manusia

Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Rasulullah lalui peristiwa luar biasa, terima pensyariahan ibadat solat secara langsung

MAJLIS memperingati Israk dan Mikraj yang menjadi catatan penting sejarah perkembangan Islam di negara ini disambut dengan menganjurkan ceramah supaya umat Islam dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa itu.
Israk dan Mikraj dilalui Rasulullah bukan peristiwa biasa atau hanya sekadar perjalanan untuk melihat kehebatan alam semesta. Perjalanan itu mempunyai makna dan hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah secara peribadi serta umat Islam keseluruhan.
Israk dan Mikraj petanda bahawa risalah Islam disampaikan Rasulullah bukan untuk bangsa Arab saja tetapi seluruh alam maya yang terdiri daripada umat manusia dan jin, sebagai penghormatan kepada Rasulullah selaku rasul akhir zaman yang tidak dianugerahkan kepada rasul dan nabi sebelumnya.

Latar belakang sejarah perjalanan malam Rasulullah itu kerana kegelisahan dan kesedihan baginda akibat tentangan, ancaman, pemulauan, ejekan dan kecaman daripada kaum kafir musyrik terhadapnya.

Pada masa sama, Rasulullah kehilangan dua tonggak utama yang menjadi tulang belakang gerakan dakwah menyeru kaumnya kepada Islam iaitu isteri tercinta Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya dikasihi, Abu Talib.

Tahun itu akhirnya diabadikan oleh sejarawan Islam sebagai tahun dukacita dalam kehidupan Rasulullah. Untuk meredakan kesedihan Rasulullah dan mengendurkan ketegangan Baginda menghadapi dugaan itu, Allah mengundang Rasulullah untuk Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Semasa dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah diperlihatkan kejadian luar biasa yang mengungkapkan pelbagai hikmah dan iktibar kepada umat Islam hingga hari ini. Satu peristiwa penting sewajarnya diambil perhatian ialah disyariatkan ibadat solat lima waktu.

Jika diamati secara mendalam, ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah Sidratul Muntaha tanpa melalui wahyu dan perantaraan Jibril seperti puasa, zakat dan lain-lain lagi difardukan melalui perantaraan wahyu.

Pensyariatan ibadat solat secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat martabat dan nilai ibadat solat. Dalam Islam, solat adalah tiang agama. Sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya, sesiapa meninggalkan solat bermakna dia meruntuhkan agama.

Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim ibarat sungai dipenuhi air yang mengalir di hadapan rumah. Kita akan mandi di sungai itu sebanyak lima kali sehari untuk membersihkan diri. Inilah perumpamaan yang dibuat Rasulullah bagi menggambarkan keistimewaan dan kelebihan ibadat solat dalam kehidupan Muslim.

Kepentingan ibadat solat dalam kehidupan Muslim dapat dilihat melalui tindakan Saidina Umar al-Khattab yang pernah menulis satu surat pekeliling untuk dikirimkan kepada semua gabenornya:

“Wahai gabenor sekalian! Sesungguhnya tugas paling penting sekali pada pandanganku ialah mendirikan solat. Oleh itu, sesiapa yang tidak mendirikan solat seperti mana sepatutnya, maka dia adalah orang yang tidak dipercayai.”

Sementara sesiapa yang mendirikan solat dengan sebaiknya, maka dia sudah memelihara agamanya. Dan sesiapa yang mensia-siakan ibadat solat bermakna dia sudah mensia-siakan urusan yang lainnya.”

Demikianlah keyakinan Saidina Umar al-Khattab bahawa kecurangan, kezaliman, kemunduran, kekalahan dan kemelesetan ekonomi mempunyai sebab musabab saling berkaitan.

Hujung pangkal keadaan musibah menimpa umat Islam ialah kerana lemahnya iman dan malas melaksanakan ibadat kepada Allah terutama solat.

Seterusnya, Rasulullah dapat menghadap Allah melalui peristiwa Israk dan Mikraj maka setiap Muslim dapat berhubung secara terus ke hadrat Ilahi yang Maha Esa tidak memerlukan sebarang alat komunikasi walau secanggih macam mana sekalipun.

Memadailah seseorang Muslim bermunajat dan berhubung ke hadrat Allah pada bila-bila masa dan di mana juga keadaannya melalui solat. Hanya dengan solat maka jiwa dan raga seorang Muslim langsung tersangkut pada Yang Maha Agung.

Selain itu, Rasulullah bertemu dengan kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu yang keras. Setiap kali kepala mereka pecah, keadaan akan kembali seperti sedia kala dan mereka berterusan memecahkan kepala.

Rasulullah bertanya kepada Jibril mengenai golongan itu, lalu dijelaskan bahawa mereka ialah sekumpulan orang yang berat kepala untuk mendirikan solat fardu.

Selain seksaan meninggalkan ibadat solat, Rasulullah diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat, memberi sedekah, memakan riba, meninggalkan jihad pada jalan Allah, tidak menjaga lidah dan memelihara anggota tubuh badan.

Rentetan kejadian demi kejadian ini menyingkap kewajipan agama sudah datang sekalipun masih belum difardukan dan mempamerkan corak kehidupan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan umat.

Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan lagi kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang sekali gus menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah.

Begitulah penghayatan menyeluruh yang seharusnya diselami, difahami dan dipraktikkan setiap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj.

Peristiwa itu berupaya menjadi pemangkin ke arah pengukuhan akidah, pengamalan ibadah secara konsisten dan perhiasan akhlak terpuji Muslim supaya dapat meraih keredaan Ilahi dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.

Friday, July 9, 2010

Hilang Dalam Ramai

Ku Hilang Dalam Ramai
Di Kala Hujan Renyai
Tangis Ku Tahankan Berderai
(Tangis Di Genangan Berderai)

Ku Hilang Dalam Ramai
Tangan Ku Hulur Longlai
Hasrat Ku Simpan Tak Tercapai
(Tergapai)

Kau Berpaling Dan Pergi
Membuat Ku Sangsi
Bunga Mawar Bersusuk Duri

Kau Berpaling Dan Pergi
Mencuri Nurani
Ku Berpaut Bayang Sendiri

Uhh.. Hilai Ketawa
Tak Terdengar
Jelas Sempat Terakam
Deru Tangisan
Rintihan Panjang
Entah Dari Manakah.. Datang
Uhh.. Bagai Gelombang..

Menghukum Aku..
Tanpa Kasihan

Saturday, June 26, 2010

Intake baru and Kenangan aku

Hari ni ada intake baru untuk Course KSP, IPTA, ngan A-Level lau tak silap..hari-hari macam ni la mengingatkan aku time masuk KSP dulu..aku pun intake bulan 5 jugak..hari ni pn..adik aku masuk Politeknik kat Shah Alam…

Hujan lebat lak time ni…skunk ni aku xde kerja nk dibuat…semalam pn da edit gambar…sampai pkul 3 pagi..nk wat cm mana..kalau da khusyuk..memang x sedar diri dah..19/6 aritu aku dapat CD yang aku request kat Imran Abdul Jabar..pengasas Sifoo.com…dari pemerhatian aku..kandungan CD ni memang mudah nk difahami..baik untuk mereka yang baru nk belajar..

Berbalik dengan intake baru tadi..hehe..tersasar lak..macam biasa la..besok sah2 orientasi..mcm mana agaknya adik aku nanti kat sana..risau jugak tempat2 cmtu…risau dengan jenayah sekarang ni..takut jugak kalau dia berubah..maklumlah..budak-budak..cepat pengaruh diorang..

Back to da story..time aku dulu..best jugak..macam2 program ade..pegi sana..pegi sini..yang aku da selalu sangat kene time last orientasi…bab2 menangis…aku da lali da dengan sme tu..selalu sangat..dah bukak lampu..muka merah2..menangis..hadui..aku mengeluh jer..nak gelak pun ada..jahat betul aku nih…pastu dalam seminggu lepas tu..aku pun x berapa nk ingat tarikh tu..kiteorang pegi picnic kat pantai balok..best la jgk..aku pn join bakar ayam…seronoknya..dorang makan ayam yang aku bakar..hehehe..malam tu jugak la ade orang histeria..hadui..tu lah..galok sangat..da la kat pantai..wat riuh lak..da habis picnic kat situ..kiteorang pegi Kem Biro Tata Negara (BTN)..tu pun best jgk..coz ada flying fox..besh2..

Macam-macam program..sme best2..da blk tu..memang letih gila..seharian aku tido kat umah..tapi tulah kenangan yang menarik..tak tahu lah skunk cm mana lak..

Ke Shah Alam

12/06/2010

Aku ke Shah Alam with my family..dah lama tak keluar trip dengan family..kiteorang pegi sana coz ade wedding anak datuk kat Hotel Concord..kami menginap kat sana coz senang nak pergi majlis tu…tapi yang malangnya..kami tak ikut..just my parents je pegi..coz dalam kad tu invite dorang jer…it’s ok..kami x kesah pun..asalkan dapat jalan jauh-jauh..

Kami sampai dalam pukul 2pm..so da check in hotel kiteorang pun rehat dulu..and then petang kiteorang pegi jalan-jalan kat Plaza PKNS…tak sangka ada event kat sana..MB Selangor pun ada..sempat lagi aku bergambar and snap some pictures with my new DSLR camera Sony HX-1..hehehe..

Malam wedding tu..aku dengan adik beradik aku pegi mall kat sebelah hotel tu..tak de la besar sgt..tp ada Giant..hehhe..kire ok la jgk..kire cm megamall kat Kuantan ni..aku beli snowcap kat mall tu..memang da lama aku nak pegi beli..tapi ade je yang menghalang..lagipun ayah aku x suka aku pakai mendalah tu..dia ckp mcm orang samseng..huhu..adik aku pun talk da same thing..hehe..ape nak buat..tak boleh nak halang..habis camtu je RM 10 ayah aku bagi..

Habis je wedding..adik aku panggil bergambar kat Ballroom tu..lupa lak nak mention..dalam adik-beradik aku tadi..adik aku sorang je takde time kiteorang pegi plaza tu coz snap picture..good job for him coz take nice pictures..pengantin pun puas hati la jugak..I’m proud of him..following my footsteps..hehehe..

Tanpa aku sangka…ade sorang kenalan aku kat facebook ajak aku kuar..jalan-jalan..time tu pkul 1 tak silap..aku agak segan la jugak coz dengan perempuan…aku memang tak berapa nak berani ngan perempuan ni..tak kira la siang ke malam kan..tapi aku rasa tu la first time kerja gila yang aku buat..tak pernah2 aku keluar dengan perempuan time-time cmni…1st time jumpa memang aku gugup…x banyak cakap..almaklumla kan…tapi dia baik..alhamdulillah..dia pandai handle situasi aku yang senyap nih..hehehhe..kiteorang just pegi minum jer sambil tengok bola..time tu England lawan USA..lepas kiteorang minum…dia bawak aku jalan-jalan pusing-pusing Shah Alam..hehe..bagus dia tu…takde lagi sape2 yang nak tunjukkan aku jalan sini sana..

13/06/2010

Lepas breakfast..kami pegi Masjid Shah Alam..dah lama aku bercita-cita nak ke sana..akhirnya..makbul jugak..tak banyak kami snap gambar..coz adik aku nk mndi kat swimming pool..hadui..kacau daun betul..and then lepas adik aku mandi..kiteorang check out..kiteorang tak balik lagi..kiteorang pegi rumah member ayah aku…time kat moscow dulu..aku still ingat walaupun aku kecik lagi..kiteorang baru je nak kenal-kenal dengan pengantin perempuan.. dia baik..friendly..bagus pilihan dia (pengantin lelaki_nama dirahsiakan)..hehehe..

Dalam pukul 2 pm..kiteorang pegi lagi sorang rumah member mak dan ayah aku..Auntie Mun..macam biasala..dorang sembang2..sejam lepas tu..kami pergi lagi sorang rumah member mak ayah aku..Datuk Syed..n Datin Syarifah..lupa lagi nk mention..yang tadi Datuk Hussin..kami pergi rumah dia..wow..3 tingkat tu..dia ade 2 orang anak..tapi yang sembang2 dengan kami sorang je..coz kakaknya study..(besok dia exam)..dia pn friendly..macam2 dia cakap dengan kami…seronok sangat..and then lepas makan…kami balik coz letih yang amat..

Tak habis lagi..malam tu kiteorang pergi SOGO..(xde ape yang interesting pn)..lepas jenguk je..kami balik..

14/06/2010

Lepas pukul 12..kami checkout..and terus balik Kuantan